Tahniah kepada pasukan bowling guru lelaki SK Taman Jasmin di atas kejayaan menjadi Johan dalam Kejohanan Bowling anjuran PKG Semenyih yang diadakan di Ampang Bowl, Metro Point Kajang baru-baru ini. Pasukan guru lelaki yang terdiri daripada En. Mohd Shukri, En. Ahmad Saiful Mizan, En. Hasbullah dan En. Jasmin telah berjaya menjatuhkan keseluruhan 1448 pin menewaskan tiga lagi pasukan sekolah lain. Tahniah juga kepada En. Mohd Shukri kerana memenangi Pemain Terbaik kejohanan. Syabas & Tahniah.
|