Kursus Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) Siri Ke 2 telah dijalankan bertempat di German-Malaysian Institute (GMI) Bangi, pada pagi tadi. Penceramah jemputan untuk kursus tersebut ialah Puan Hajah Norbi bt Hj Husin, Mantan KSPA, Jabatan Pelajaran Melaka yang membentangkan sesi motivasi yang bertajuk :Gurukah Aku atau .....". Pelbagai input telah diperolehi sepanjang sesi motivasi tersebut dan diharap para pendidik SKTJ akan terus berusaha untuk memperbaiki diri masing-masing ke tahap yang lebih cemerlang. Terima Kasih kepada Puan Hajah Norbi dan Tahniah kepada guru-guru SKTJ kerana dapat menghadiri sesi motivasi tersebut.
|