Kursus Latihan Dalam Perkhidmatan Siri Ke 3 telah diadakan pada hari Sabtu, 20 Jun 2009 bertempat di German Malaysian Institute (GMI), Bangi. Penceramah jemputan pada kali ini ialah Tuan Hj. Engliman b Roslan, KPSU (Pembangunan Psikologi), Bahagian Psikologi & Kaunseling, Kementerian Pelajaran Malaysia yang menyampaikan ceramah bertajuk "Ekspresi Diri dan Kerjaya". Manakala untuk sesi kedua, Puan Rasidah bt Dato' Omar, Timbalan Setiausaha Bahagian, Cawangan Pemantapan Psikologi & Kaunseling, Kementerian Pelajaran Malaysia menyampaikan ceramah bertajuk "Budaya Kerja Minda Kelas Pertama".
|