Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah telah diadakan pada 29 Mei 2009, bertempat di perkarangan sekolah. Pelbagai acara dijalankan dengan dimulai dengan perhimpunan di Dataran Jasmin. Antara acara yang dijalankan ialah bacaan perutusan Hari Guru dari KPM dan Menteri Pelajaran, bacaan ikrar dan nyanyian lagu hari guru oleh guru-guru SKTJ. Kemudian diikuti dengan acara di Foyer yang melibatkan aktiviti persembahan oleh guru-guru dan murid-murid.
|