WAKTU SEKARANG



COUNTDOWN



INFO SKTJ



ANDA PENGUNJUNG KE:

free web counter
free web counter

LOKASI ANDA

IP

KOMUNITI@SKTJ

WAKTU SOLAT

LAPORAN CUACA

HALL OF FAME

HALL OF FAME

HALL OF FAME

TAHUKAH ANDA?

Tahukah Anda 2

Tahukah Anda 4

Tahukah Anda 5

RUJUKAN GURU

ICTL

PPSMI

CDRI

EKIOSK

scripts

SUKATAN

TVP

TUKARGURU

rph

RUJUKAN MURID

kakaktua

etuisyen

didik

CD COURSEWARE

cdppsmi

BANK SOALAN UPSR
MATHEMATICS
SCIENCE
BAHASA MELAYU
BAHASA INGGERIS
SEMAKAN DAFTAR PEMILIH

spr

SEMAKAN SAMAN

pdrm

jpj

LINK PERSATUAN

pengakap

tunasputeri

puteriislam

SEJARAH JALUR GEMILANG

Jalur Gemilang dicipta oleh Allahyarham Mohamed Hamzah yang ketika itu berusia 29 tahun dan merupakan seorang arkitek di JKR (Jabatan Kerja Raya) di Johor Bahru, Johor.

Bendera Malaysia telah disahkan oleh King George VI pada 19 Mei 1950 dan pertama kali dikibarkan di depan Istana Selangor pada 26 Mei 1950.

Allahyarham Mohamed Hamzah meninggal dunia ketika berusia 75 tahun, pada 13 Februari 1993 di Jalan Stulang Baru, Kampung Melayu Majidee, Johor.

RUJUKAN:Amiene Rev

PERINGATAN

TAKNAK

JENAYAH

LIVE TRAFFIC FEED

PROGRAM MOTIVASI & TEKNIK MENJAWAB SOALAN UPSR


Pihak sekolah dan PIBG SK Taman Jasmin akan menganjurkan program tersebut untuk murid-murid tahun 6 seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 12 Julai 2009 (Ahad) dan 19 Julai 2009 (Ahad)
Tempat: Kompleks Abdullah Mohd Salleh, UKM Bangi.
Masa: 8.00 pagi hingga 4.30 petang.

Info telah diedarkan kepada ibu bapa melalui anak masing-masing.
Pengangkutan disediakan. Murid berkumpul di sekolah pada pukul 7.00 pagi.
posted by fadliem @ 11:12 AM   0 comments
MINGGU SAINS & MATEMATIK


Sepanjang minggu lalu, 15 hingga 19 Jun 2009 telah dijalankan Program Minggu Sains & Matematik. Pelbagai acara dijalankan antaranya pertandingan Rekacipta Sains, Kuiz Matematik dan banyak lagi. Diharap program ini dapat mengembangkan bakat murid-murid dalam matapelajaran Sains dan Matematik.
posted by fadliem @ 3:13 PM   0 comments
KURSUS LADAP SIRI KE 3 - Sabtu, 20 Jun 2009


Kursus Latihan Dalam Perkhidmatan Siri Ke 3 telah diadakan pada hari Sabtu, 20 Jun 2009 bertempat di German Malaysian Institute (GMI), Bangi. Penceramah jemputan pada kali ini ialah Tuan Hj. Engliman b Roslan, KPSU (Pembangunan Psikologi), Bahagian Psikologi & Kaunseling, Kementerian Pelajaran Malaysia yang menyampaikan ceramah bertajuk "Ekspresi Diri dan Kerjaya". Manakala untuk sesi kedua, Puan Rasidah bt Dato' Omar, Timbalan Setiausaha Bahagian, Cawangan Pemantapan Psikologi & Kaunseling, Kementerian Pelajaran Malaysia menyampaikan ceramah bertajuk "Budaya Kerja Minda Kelas Pertama".
posted by fadliem @ 3:04 PM   0 comments
SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH - Jumaat, 29 Mei 2009


Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah telah diadakan pada 29 Mei 2009, bertempat di perkarangan sekolah. Pelbagai acara dijalankan dengan dimulai dengan perhimpunan di Dataran Jasmin. Antara acara yang dijalankan ialah bacaan perutusan Hari Guru dari KPM dan Menteri Pelajaran, bacaan ikrar dan nyanyian lagu hari guru oleh guru-guru SKTJ. Kemudian diikuti dengan acara di Foyer yang melibatkan aktiviti persembahan oleh guru-guru dan murid-murid.
posted by fadliem @ 11:41 AM   0 comments
KURSUS LADAP - "Gurukah Aku atau ....." - Sabtu, 23 Mei 2009


Kursus Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) Siri Ke 2 telah dijalankan bertempat di German-Malaysian Institute (GMI) Bangi, pada pagi tadi. Penceramah jemputan untuk kursus tersebut ialah Puan Hajah Norbi bt Hj Husin, Mantan KSPA, Jabatan Pelajaran Melaka yang membentangkan sesi motivasi yang bertajuk :Gurukah Aku atau .....". Pelbagai input telah diperolehi sepanjang sesi motivasi tersebut dan diharap para pendidik SKTJ akan terus berusaha untuk memperbaiki diri masing-masing ke tahap yang lebih cemerlang. Terima Kasih kepada Puan Hajah Norbi dan Tahniah kepada guru-guru SKTJ kerana dapat menghadiri sesi motivasi tersebut.
posted by fadliem @ 5:14 PM   0 comments
PROGRAM MOTIVASI TAHUN 6 - Jumaat, 22 Mei 2009


Program Motivasi untuk murid tahun 6 telah diadakan pada pagi tadi bertempat di Foyer Sekolah. Program anjuran UBK ini dijayakan oleh penceramah jemputan dari SK Bangi, Kaunselor En. Noorhisham yang menyampaikan ceramah motivasi yang begitu menarik dan menghiburkan. Diharap murid-murid tahun 6 dapat mengambil ikhtibar dan pengajaran sepanjang program tersebut demi kecemerlangan dalam UPSR kelak.
posted by fadliem @ 5:00 PM   0 comments
INFO BAYARAN YURAN PERSEKOLAHAN 2009




Klik pada info untuk lihat dengan lebih jelas.
posted by fadliem @ 8:40 PM   0 comments
JAMUAN HARI GURU & MAJLIS PERPISAHAN GPK HEM / GPK KOKO - Sabtu, 16 Mei 2009


Majlis Jamuan Hari Guru anjuran Badan Kelab Kebajikan Guru telah diadakan bertempat di Hotel Equatorial, Bangi petang tadi. Majlis juga bersempena meraikan perpisahan GPK HEM, Puan Kamariah dan GPK KOKO, Pn. Ng Poh Lah yang akan berpindah ke sekolah baru bermula minggu hadapan. Juga mengucapkan selamat datang kepada GPK HEM yang baru En. Yakub b Salleh. Kelab Guru merakamkan ribuan terima kasih kepada kedua-dua GPK di atas sumbangan yang telah diberikan sepanjang perkhidmatan di SKTJ. Selamat Maju Jaya!
posted by fadliem @ 6:55 PM   0 comments
Terima Kasih Cikgu! - Selamat Hari Guru, 16 Mei 2009


posted by fadliem @ 8:16 PM   4 comments
JOHAN KEJOHANAN BOWLING ANJURAN PKG SEMENYIH 2009 - Sabtu, 25 April 2009


Tahniah kepada pasukan bowling guru lelaki SK Taman Jasmin di atas kejayaan menjadi Johan dalam Kejohanan Bowling anjuran PKG Semenyih yang diadakan di Ampang Bowl, Metro Point Kajang baru-baru ini. Pasukan guru lelaki yang terdiri daripada En. Mohd Shukri, En. Ahmad Saiful Mizan, En. Hasbullah dan En. Jasmin telah berjaya menjatuhkan keseluruhan 1448 pin menewaskan tiga lagi pasukan sekolah lain. Tahniah juga kepada En. Mohd Shukri kerana memenangi Pemain Terbaik kejohanan. Syabas & Tahniah.
posted by fadliem @ 6:51 AM   0 comments
LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN (LADAP), EDUWEB TV - Sabtu, 18 April 2009




Latihan Dalam Perkhidmatan telah diadakan pada Sabtu, 18 April 2009 bermula 8.00 pagi bertempat di Makmal ICT. Kursus ini bertujuan untuk memperkenalkan laman web EDUWEB TV kepada guru-guru untuk kegunaan bagi P&P. Kursus dijalankan oleh guru media, Pn. Mazlina bt Samudi.
posted by fadliem @ 9:03 AM   0 comments
MAJLIS PERJUMPAAN IBU BAPA BERSAMA GURU-GURU TAHUN 6 - Sabtu, 28 Mac 2009


Majlis Perjumpaan Ibu Bapa Bersama Guru-Guru Tahun 6 telah diadakan pada pagi tadi bertempat di Foyer SKTJ. Majlis diadakan bertujuan untuk menerangkan berkaitan format peperiksaan UPSR terkini kepada ibu-bapa dan menerangkan berkaitan program-program yang akan dijalankan untuk murid-murid tahun 6. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu-bapa yang prihatin dan dapat hadir bersama-sama ke majlis tersebut.
posted by fadliem @ 12:16 PM   2 comments
KARNIVAL TADARUS AL-QURAN ZON SEMENYIH 2009 - Khamis, 12 Mac 2009
SK Taman Jasmin telah menjadi tuan rumah Karnival Tadarus Al-Quran Zon Semenyih pada pagi tadi. Antara pertandingan yang dijalankan adalah Pertandingan Nasyid, Kompang Formasi, Hafazan, Tilawah dan Pertandingan Bercerita. SK Semenyih telah diumumkan sebagai Juara Keseluruhan bagi Zon Semenyih. Wakil SK Taman Jasmin, Nur Natasha bt Mohd Ali telah menjadi johan bagi Pertandingan Hafazan (Perempuan). Syabas dan Tahniah kepada semua pemenang dan kami Warga SKTJ mengucapkan selamat berjaya kepada semua wakil Zon Semenyih yang akan bertanding di peringkat daerah kelak.



posted by fadliem @ 11:03 PM   0 comments
MAJLIS PELANCARAN TABUNG KEMANUSIAAN RAKYAT PALESTIN - Isnin, 16 Feb 2009
Majlis Pelancaran Tabung Kemanusiaan Rakyat Palestin telah diadakan pagi tadi bertempat di Foyer SKTJ. Majlis dimulakan dengan tayangan video berkaitan dengan Pencerobohan Rejim Israel terhadap Rakyat Palestin dan diakhiri dengan pelancaran tabung kemanusiaan rakyat Palestin bagi membantu meingankan beban kesengsaraan rakyat Palestin.


posted by fadliem @ 8:17 PM   0 comments
KEJOHANAN CATUR MSSDHL 2009
Kejohanan Catur Majlis Sukan Sekolah Daerah Hulu Langat telah diadakan pada 3-5 Februari 2009, bertempat di SMK Pandan Mewah, Ampang baru-baru ini. Dalam pertandingan tersebut sekolah telah menghantar beberapa orang wakil dan telah berjaya memenangi dalam beberapa kategori yang dipertandingkan.



Berikut dipaparkan senarai peserta sekolah yang memenangi pertandingan tersebut:

Johan Peringkat Individu - Hew Kian Lun
Tempat Ke 3 Berpasukan - Hiew Kian Lun, Mohamad Izzudin b Nazir,
Mohd Syukor Ilham b Mustafa & Gokull Rao a/l Subramaniam
posted by fadliem @ 6:44 PM   0 comments
KEJOHANAN OLAHRAGA MSSDHL ZON SEMENYIH 2009
Pasukan Olahraga SKTJ telah memperolehi 1 pingat emas dan 2 pingat perak dalam Kejohanan Olahraga MSSDHL, Zon Semenyih yang telah diadakan di Stadium Nasional, Bukit Jalil baru-baru ini.



Berikut adalah acara yang dimenangi oleh wakil sekolah.
100 m Lelaki Kelas 5, Pingat Emas - Mohammad Amirullah Ayob Khan
Lompat Jauh Lelaki Kelas 4, Pingat Perak - Low Chun Keong
4x200m Lelaki Kelas 4, Pingat Perak - Low Chun Keong, Samuel Sharmendran a/l Shanmugan
Aidil Qhawarizmie b Mikail & Abd Nabil b Yusri

Syabas & Tahniah
posted by fadliem @ 6:27 PM   0 comments
MAJLIS PERLANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH & PENGAWAS PSS - Isnin, 2 Feb 2009
Majlis Penyerahan Watikah Perlantikan Pengawas Sekolah & Pengawas Pusat Sumber Sekolah telah disampaikan oleh SI Hj Mohd Nasir bin Hasan, Pegawai Cawangan Hal Ehwal Awam IPD Kajang pada 2/2/2009 bertempat di Dataran Jasmin, SKTJ. Syabas dan Tahniah kepada murid yang dilantik, semoga dapat menjalankan tugas dengan baik, sempurna dan penuh bertanggungjawab. Berikut dipaparkan gambar sekitar majlis tersebut.


posted by fadliem @ 7:38 PM   0 comments
TAKWIM PEPERIKSAAN TAHUN 2009


Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR)
Ujian Bertulis: 8 - 10 September 2009

Penilaian Menengah Rendah (PMR)
Ujian Bertulis: 7 - 9 Oktober 2009
12 - 13 Oktober 2009

Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
Amali: 20 - 22 Oktober 2009
26 - 27 Oktober 2009
Ujian Bertulis: 19 November - 16 Disember 2009

Sumber: Laman Web Kementerian Pelajaran Malaysia
posted by fadliem @ 7:19 PM   0 comments
KEJOHANAN MERENTAS DESA 2009 - Sabtu, 17 Januari 2009
Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah telah diadakan pada hari Sabtu, bermula pukul 8.00 pagi. Peserta telah dilepaskan oleh Puan Guru Besar, Puan Hajjah Maznah bt Mohd Sedek. Berikut dipaparkan sebahagian gambar yang diambil sewaktu kejohanan berlangsung.



posted by fadliem @ 8:44 PM   0 comments
PROGRAM MAJU DIRI 2009 - Isnin - Rabu, 12, 13 & 14 Jan 2009
Program Maju Diri 2009 telah dirasmikan oleh Puan Hjh Maznah bt Mohd Sedek, Guru Besar SKTJ pada 12/1/2009 bertempat di Dataran Jasmin. Program ini dilaksanakan oleh Unit Bimbingan Kaunseling yang diketuai oleh En Azhar b Shafiei bertujuan untuk menyediakan diri murid-murid sebelum bermulanya P&P. Program ini dilaksanakan mengikut modul yang telah ditetapkan. Semoga program ini dapat meningkatkan motivasi murid-murid untuk mencapai kecemerlangan dari aspek jasmani, emosi dan rohani. InsyaAllah.


posted by fadliem @ 8:43 PM   0 comments
ORIENTASI MURID TAHUN 1 2009 - Jumaat, 2 Jan 2009
Program Orientasi Tahun 1 telah diadakan pada hari Jumaat, 2 Januari 2009. Pelbagai ragam dapat disaksikan sepanjang program tersebut. Berikut dipaparkan gambar sekitar program berlangsung.




posted by fadliem @ 12:06 AM   1 comments
KALENDAR PERSEKOLAHAN TAHUN 2009
posted by fadliem @ 1:59 AM   0 comments
KEPUTUSAN UPSR 2008 - Khamis, 13 November 2008


Tahniah diucapkan kepada semua murid, ibu-bapa, guru-guru serta PIBG sekolah yang bertungkus lumus bagi memastikan kejayaan murid-murid SKTJ.

**KEPUTUSAN UPSR 2008**
Bilangan Murid Mendapat 5A : 40 orang
Bilangan Murid Mendapat 4A 1B : 31 orang
Peratus Lulus Keseluruhan: 72.9 %

SYABAS & TAHNIAH

posted by fadliem @ 9:25 PM   0 comments
GAMBAR GURU SK TAMAN JASMIN 2008

posted by fadliem @ 4:44 PM   0 comments
MAJLIS KENANGAN ABADI TAHUN 6 - Selasa, 11 November 2008
Majlis Kenangan Abadi Tahun 6 telah diadakan bertempat di Dewan Kompleks Sukan Penjara Kajang. Majlis telah dirasmikan oleh YDP PIBG, En Ismail b Mohd Kalil. Majlis yang julung kali diadakan ini bagi meraikan murid-murid Tahun 6 yang akan meninggalkan sekolah pada tahun hadapan. Berikut dipaparkan gambar sekitar majlis yang berlangsung dengan gilang gemilang pada petang tadi.

posted by fadliem @ 11:50 PM   0 comments
HARI ANUGERAH KUALITI AKADEMIK 2008 - Selasa, 11 November 2008
Hari Anugerah Kualiti Akademik 2008 telah berlangsung pada pagi tadi. Majlis dirasmikan oleh YDP PIBG, En Ismail b Mohd Kalil. Penerima Anugerah Tokoh Cemerlang Kurikulum ialah Tan Zun Yu dari 6 Bakawali dan Khairunnisa Adibah bt Kamarudin dari 6 Bakawali. Manakala penerima Anugerah Tokoh Cemerlang Kokurikulum ialah Hari Krishna Rau a/l Subbarao dari 6 Bakawali. Tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah, semoga anugerah ini menjadi pembakar semangat untuk lebih cemerlang lagi pada masa akan datang.



posted by fadliem @ 11:42 PM   0 comments
LAWATAN TAHUN 6 KE PULAU LANGKAWI - 31 Okt - 3 Nov 2008
Seramai 40 orang murid Tahun 6 bersama 4 orang guru pengiring telah melakukan lawatan ke Pulau Langkawi dari 31 Oktober hingga 3 November 2008. Pelbagai tempat menarik dikunjungi antaranya Langkawi Cable Car, Galeria Perdana, Underwater World, Kilang Memproses Gamat dan Pekan Kuah.



posted by fadliem @ 11:38 PM   0 comments
HARI USAHAWAN PIBG 2008 - Sabtu, 11 Oktober 2008.
Program Hari Usahawan PIBG 2008 telah berlangsung dengan jayanya pada pagi tadi. Program telah mendapat sambutan yang amat luar biasa dengan kehadiran pengunjung yang begitu ramai dan di luar jangkaan. Pihak sekolah dan PIBG merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung terutamanya kepada guru-guru, murid-murid serta ibubapa dan penjaga yang menyumbangkan tenaga serta wang ringgit bagi mengumpul dana untuk pembangunan sekolah.

posted by fadliem @ 8:09 PM   0 comments
SAMBUTAN AMBANG KEMERDEKAAN - Jumaat, 29 Ogos 2008
Gambar sekitar Sambutan Ambang Kemerdekaan yang dijalankan oleh warga SKTJ bagi menyemarakkan bulan Kemerdekaan ke-51.

posted by fadliem @ 9:46 PM   1 comments
PERKEMBANGAN STAF: HEADCOUNT - Rabu, 27 Ogos 2008
Satu Kursus Dalaman Headcount telah diadakan pada 27/08/2008 bertempat di Makmal ICT. Kursus ini bertujuan untuk mendedahkan guru kepada penggunaan aplikasi SAPR16 & SAPRHC untuk membuat headcount prestasi murid.



Kursus ini telah dijayakan oleh JU Headcount Hulu Langat, En. Yusri dari SK Bndr Tasik Kesuma dan SU Peperiksaan SKTJ, Pn. Baizidah bt Baikon.


posted by fadliem @ 9:42 PM   0 comments

VISI & MISI SEKOLAH

VISIMISI

MENU UTAMA
PAUTAN PENDIDIKAN

KPM

jpns

ppdhl

EDUWEB TV

eduwebtv

TV

GAMBAR AKTIVITI 2008
GAMBAR AKTIVITI 2007
BLOG KAUNSELOR SEKOLAH

BLOG/WEB PILIHAN

sembangcikgu

kaunselorhululangat

bicaracikgu

PROGRAM PENDIDIKAN

PIPP

Anti Buli

KWAMP

SMS

UNICEF

PAUTAN SEKOLAH

SKS&

SKTK

SKLJ

SKBS

SKTP

SKJB1

SKSJ

SKTL

SKKC

SKPI

ONLINE NEWSPAPER

BHARIAN

HMETRO

THESTAR

NST

MMAIL

ONLINE MAGAZINE

MPC

bola

esiswa

nona

ebaca

E-MEL

Yahoo

Hotmail

MSN MESENGGER

YAHOO MESENGGER

BUKU PELAWAT

GB

GGB

RANKING

RANKING PORTAL PPD HULU LANGAT

Ranking Web Pendidikan

FORUM SKTJ

forum

SHOUT BOX

Free shoutbox @ ShoutMix
DOWNLOAD LAGU TERKINI

MYBLOGLOG LIST
Powered by

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2007 SK TAMAN JASMIN, KAJANG Template by Mohamad Fadli Mansor Unit ICT SK Taman Jasmin