SEJARAH SEKOLAH


Sekolah Kebangsaan Taman Jasmin telah mula dibina pada 1 Disember 1998, di atas tapak seluas 174 200 kaki persegi (4 ekar) beralamat di Lot 29193, Jalan Jasmin 2, Taman Jasmin, Mukim Kajang, 43000 Selangor Darul Ehsan.

Sekolah ini dibuka secara rasminya pada 1 Ogos 2000, dengan jumlah murid pada waktu itu seramai 360 orang dan mempunyai seramai 18 orang guru diterajui oleh Encik Md Tumiran Bin Sapuan sebagai Guru Besar. Jumlah kelas yang beroperasi pada masa itu hanyalah 12 kelas sahaja iaitu 4 buah kelas Tahun 1, 4 buah kelas Tahun 2 dan 4 buah kelas Tahun 3. Nama-nama bunga iaitu Bakawali, Kenanga, Orkid dan Melur telah dipilih sebagai nama-nama kelas.

Pada tahun 2001, bilangan kelas bertambah menjadi 20 buah dengan jumlah murid meningkat kepada 700orang dan bilangan guru seramai 30 orang. Teraju sekolah ini bertukar apabila Guru Besar kedua, Puan Rosnah Binti Hamzah melapor diri pada 1 Disember 2001. Bilangan murid terus bertambah menjadi 1100 orang pada tahun berikutnya dengan bilangan kelas sebanyak 25 buah dan bilangan guru seramai 42 orang. Sekolah Kebangsaan Taman Jasmin telah digredkan sebagai sekolah gred A pada Disember 2002.

Bermula pertengahan tahun 2004, sekolah ini telah diterajui oleh Guru Besar yang baru iaitu Encik Chang Fang Chong. Pada tahun 2008, SK Taman Jasmin telah menerima Guru Besar yang baru iaitu Puan Hjh Maznah bt Mohd Sedek. Terdapat 46 buah kelas dari Tahun 1 hingga Tahun 6 dan sebuah kelas untuk murid Prasekolah.

Bermula Jun 2012, En Sahrom bin Shamsudin telah menerajui SK Taman Jasmin sebagai Guru Besar yang baru. Kini, terdapat 47 buah kelas yang terdiri daripada kelas Unggul, Gemilang, Dinamik, Intelek, Bestari, Cemerlang, Karisma dan Harmoni serta sebuah kelas Prasekolah.

Puan Rohlaizatul'akmal binti Mohamad Sanusi menjadi Guru Besar yang ke-6 bertugas di SK Taman Jasmin bermula pada bulan Mac 2018.



SENARAI GURU BESAR SK TAMAN JASMIN DARI TAHUN 2000

1. EN. MD TUMIRAN BIN SAPUAN                                              OGOS 2000 -2001
2. PN. ROSNAH BT HAMZAH                                                      DISEMBER 2001 - 2004
3. EN. CHANG FANG CHONG                                                     MAC 2004 - 2008
4. PN. HJH MAZNAH BT MOHD SEDEK                                     MAC 2008 - MEI 2012
5. EN. SAHROM BIN SHAMSUDIN                                             JUN 2012 - FEB 2018
6. PN. ROHLAIZATUL'AKMAL BINTI MOHAMAD SANUSI         MAC 2018