PROFIL SEKOLAH

 MAKLUMAT ASAS SEKOLAH
 
Kod Sekolah
:
BBA4044
Nama Sekolah
:
SK TAMAN JASMIN, KAJANG
Alamat Sekolah
:
Jalan Jasmin 2, Taman Jasmin
43000 Kajang, Selangor
No Telefon / No Fax
:
03 - 87399142
Jenis Sekolah
:
Sekolah Kebangsaan
Gred Sekolah
:
A
Peringkat Sekolah
:
Prasekolah & Rendah
Sesi Persekolahan
:
Pagi & Petang
Alamat e-mail
:
BBA4044@moe.edu.my
Blog Sekolah
Facebook Sekolah
:
:
http://sktamanjasmin.blogspot.com
SK Taman Jasmin Kajang
Tarikh Tubuh
:
01/08/2000
Jumlah Guru
:
97 orang
Jumlah Staf Sokongan
:
8 orang
Jumlah Murid
:
1386 orang (Data berakhir 31 MAC 2018)


 LENCANA SEKOLAH

Lencana sekolah ini telah dicipta oleh Puan Norfadziah Binti Abdul Rahman, seorang guru di SK Taman Jasmin. Berikut adalah pengertian maksud lencana tersebut.

WARNA KUNING
Melambangkan Agama Islam (AGAMA) sebagai panduan hidup murid.

WARNA MERAH
Melambangkan kecekalan menjadi teras kepada kejayaan.

WARNA BIRU
Melambangkan pelajar-pelajar berdisiplin untuk menjaga nama baik
sekolah.

TOPI GRADUAN
Melambangkan kecemerlangan sekolah dalam bidang akademik.

MIKROSKOP
Melambangkan sains dan teknologi adalah keperluan hidup masa kini.

GELUNG BULATAN
Melambangkan kecemerlangan sekolah dalam kokurikulum.
   



BENDERA SEKOLAH


Bendera SK Taman Jasmin telah dicipta oleh Ustaz Md Amin Bin Makar. Bendera Sekolah terdiri daripada 4 warna yang membawa maksud seperti berikut:

WARNA UNGU
Keharmonian sejagat hasil gabungan guru, murid dan ibu bapa.

WARNA MERAH
Ketabahan guru dalam melahirkan murid yang gemilang tunggak wawasan

WARNA KUNING
Kemegahan sekolah berdiri di bawah pemerintahan sistem beraja.

WARNA BIRU
Ketakwaan dan kesabaran menjadi dasar pembentukan insan. 



 


 LIRIK LAGU SEKOLAH



Sekolah SK Taman Jasmin
Cantik indah lagi permai
Rohani dan jasmani dipupuk
Agar hidup lebih bererti

Agama pegangan murni
Cemerlang matlamat kami
Harapan ibu dan bapa
Juga nusa dan bangsa

Berilmu dan beretika
Berbakti kita semua
Berdoalah kita pada Nya
Semoga wawasan tercapai