Thursday, September 22, 2011

SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 54


Sambutan Bulan Kemerdekaan Malaysia yang ke 54 telah dijalankan di sepanjang bulan Ogos dan September. Pelancaran Bulan Kemerdekaan telah disempurnakan oleh Guru Besar, Pn. Hjh. Maznah bt Mohd Sedek pada 2 Ogos 2011 yang lalu. Di sepanjang bulan sambutan tersebut, pelbagai aktiviti telah dijalankan antaranya ialah Pertandingan Melukis Poster Kemerdekaan, Pertandingan Mencipta Kolum, Pertandingan Busana Kemerdekaan, Pertandingan Makanan Tradisional dan pelbagai lagi. Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan telah disempurnakan pada 21 September 2011 oleh GPK Kurikulum, Pn. Saharulriah bt Sahar.

No comments: