Tuesday, October 18, 2011

MAJLIS GRADUASI TAHUN 6 2011


Majlis Graduasi Tahun 6 bagi tahun 2011 telah diadakan pada hari Jumaat, 14 Oktober 2011 yang lalu. Majlis telah dirasmikan oleh Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Langat, Tuan Mohd Mahmudi bin Bakri. Pada majlis tersebut kesemua murid tahun 6 telah menerima sijil graduasi menandakan telah menamatkan persekolahan tahun 6 di SKTJ. Majlis juga diserikan dengan beberapa persembahan dari murid-murid tahun 6, pasukan tarian sekolah dan juga guru-guru tahun 6.  

No comments: