Wednesday, April 18, 2012

KEJOHANAN RAGBI RIMAU MSSD HULU LANGAT 2012


Kejohanan Ragbi Rimau Peringkat Daerah Hulu Langat 2012 telah berlangsung dari 17 - 18 April 2012 bertempat di SK Bandar Tun Hussein Onn 2, Cheras. Pasukan Ragbi Rimau SK Taman Jasmin telah menyertai kejohanan tersebut dan telah berjaya menjadi Johan Kategori Plate. Berikut di paparkan keputusan perlawanan:


Peringkat Kumpulan:
SKTJ lawan SK Taming Jaya (0 - 12)
SKTJ lawan SK Bandar Tun Hussein Onn 2 (15 - 0)
SKTJ lawan SK Pandan Indah (0 - 5)

SK Taman Jasmin telah menduduki tempat ke 8 secara ranking dan layak ke peringkat Suku Akhir.

Suku Akhir:
SKTJ lawan SK Taming Jaya (5 - 5)

Perlawanan Suku Akhir berlanjutan ke masa tambahan namun keputusan berkesudahan dengan 0-0. Akhirnya pengadil memutuskan untuk mencari pemenang menerusi lambungan syiling. Nasib tidak menyebelahi SKTJ di mana SK Taming Jaya berjaya ke Separuh Akhir menerusi lambungan syiling. Dengan kekalahan tersebut, SKTJ meneruskan perlawanan untuk Kategori Plate.

Kategori Plate:
Separuh Akhir Kategori Plate:
SKTJ lawan SK Kajang Utama (5 - 0)

Akhir Kategori Plate:
SKTJ lawan SK Semenyih (5 - 0)

Tahniah dan Syabas diucapkan kepada Pasukan Ragbi SKTJ di bawah bimbingan En. Nik Mohd Ramadhan kerana telah mencipta sejarah buat sekolah dalam kejohanan tersebut.

No comments: