Tuesday, March 26, 2013

NAIB JOHAN RAGBI RIMAU DAERAH HULU LANGAT


Tahniah dan Syabas diucapkan kepada Pasukan Ragbi Rimau sekolah kerana telah mendapat Naib Johan peringkat daerah Hulu Langat pada Kejohanan Ragbi Rimau MSSD Hulu Langat yang telah berlangsung di SK Ulu Semenyih dari 25 -27 Februari 2013. Pasukan sekolah memenangi kesemua perlawanan tanpa bolos sebarang gol.
PERINGKAT KUMPULAN:
SKTJ VS SK PANDAN INDAH     5-0
SKTJ VS SK TAMAN KOSAS      10-0
SKTJ VS SK BANDAR RINCING    31-0

SUKU AKHIR:
SKTJ VS SK BANDAR TUN HUSSEIN ONN  7-0

SEPARUH AKHIR:
SKTJ VS SK RINCHING HILIR   7-0

Pada perlawanan akhir, sekolah kita telah bertemu dengan SK Taming Jaya. Walaubagaimanapun, setelah 5 minit perlawanan berlangsung hujan telah turun dengan lebatnya sehingga pengadil terpaksa memberhentikan perlawanan. Pemenang akhirnya ditentukan menerusi lambungan duit syiling di mana pasukan kita tidak bernasib baik dan terpaksa berpuashati dengan gelaran Naib Johan sahaja. Empat orang pemain sekolah telah terpilih untuk mewakili daerah Hulu Langat ke peringkat negeri Selangor yang akan diadakan di Sabak Bernam kelak.

No comments: